Tuesday, May 3, 2011

OSAMA>>OSAMA

benar atau tidak..hanya ALLAH yang maha mengetahui kisah sebenar tentang hambanaya...




Aku bertambah pelik bila terbaca berita hari ni yang mengatakan mayat Osama dikebumikan di laut. Kenapa?

Bukankah amalan biasa yang dibuat ialah jenazah penjenayah selepas dikenal pasti dan selesai bedah siasat akan diberikan kepada keluarga mangsa?

Antara alasan yang aku terfikir ialah:
  • Osama ni adalah penjenayah yang paling bahaya yang perlu ditanam di dasar laut yang bersuhu sangat sejuk macam dalam filem Transformers.
  • Tidak mahu orang cari, jumpa dan tahu kewujudan Osama yang sebenar macam juga filem Transformers. Yelah, laut kan luas dan dalam.
  • Mungkin juga jenazah yang didakwa Osama itu bukan orang yang beragama Islam pun.
  • Mungkin juga jenazah Osama itu tidak wujud sama sekali.

Ini adalah antara alasan yang boleh difikirkan. Tetapi aku tetap merasakan berita ini adalah rekaan semata-mata. Sebabnya, Amerika ingin menutup malu jika mereka nanti dianggap lemah dan gagal menangkap Osama walaupun selepas 10 tahun berlalu.

Untuk memastikan mereka tetap gah dan berjaya, tirai filem Osama Bin Laden dan 9/11 perlu ditutup maka watak Osama pun dimatikan dan Amerika menang seperti dalam kebanyakan filem mereka

No comments: